profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
Welcome :)
You know my name, not my story. So, don't judge a book by its cover unless if you desperately figure it out. Think before you talk and do. Be matured. Stay strong in every situations. Life must go on, instead of surrender. -AIN U-

chatting
Any thoughts?



credits
big applause to;
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseoby for the useful tuto and colourful backgrounds. Owns by AinU tQ
I'm already form 4?!!
Friday, 9 January 2015 | 1 comments
Assalamualaikum. Hahaha haritu challenge dibatalkan sebab bila baca balik semua challenge tu ada yang tak patut. Aku tak takut cabaran hehehe tapi erm malas hahaha

Ahad ni balik asrama wei aku tak siap pape lagi. Packing belum. Beli barang belum. Nampaknya pagi esok aku mesti dah start busy nak cari semua benda yang patut haduh aku bukan malas nak balik asrama tapi malas betul bab packing barang ni.

Ya Allah.
Sedar tak sedar aku dah form 4. Cepatnya masa berlalu. Dulu aku budak hingusan je erm tapi sekarang pun aku hingusan jugak sebab resdung huwarghh stress aku.

Naik form 4 apa yang aku akan belajar makin susah. Makin susah, makin banyak aku kena berusaha. Makin nak berusaha tu makin malas. Itulah salah satu dugaan kat dunia. Walau macam mana pun, kena jugak gagahkan diri nak usaha. Sebab nanti apa yang kita impikan takkan tercapai tanpa usaha yang gigih. Aku betul-betul nak fokus kat kelas. Tapi ngantuk memang tak dapat nak elak. Wondering macam mana budak pandai top top semua boleh fokus kat kelas. Dahlah selalu tidur. Bestnya jadi diorang dikurniakan otak sebegitu. Tapi, aku kena bersyukur jugak sebab ada orang yang lagi kurang upayanya. You know what I mean?

Cikgu-cikgu menengah atas mesti semua garang garang kan? Huwarghhh aku takutlah. Mesti banyak soal jawab time kat kelas. Bagus memang bagus tapi aku lemah betullah soal jawab ni sebab aku takleh tengok kalau muka cikgu tu psiko habis memang aku terus hilang idea nak jawab. (I know it's ridiculous to have this kind of fear hahaha). Apa-apapun aku kena positif!

What upsets me now is when I gotta know that ramai yang nak pindah. Aku bukan nak halang keputusan diaorang nak pindah. Hak masing-masing. But kalau alasan nak pindah semata-mata sebab pentadbiran, c'mon la aku pun rasa benda yang sama. Nak pindah jugak. Tapi mak ayah aku mestilah tak bagi. Anggaplah benda tu dugaan. Lama-lama jadi kenangan. Kenangan kita, satu batch lalui bersama-sama. I'm not pointing this to anyone. Aku cakap ni secara umum. Tak berniat nak tujukan kat sape-sape. Tak tahu lah pulak kalau betul-betul yang nak pindah sebab pentadbiran. Tapi, kalau rasa pindah tu pilihan terbaik untuk diorang, aku sokong je. Sedih jugak when I heard that most of them nak pindah sekolah harian biasa. Hm I can't guarantee they'll survive there. Unless if they really put much efforts in studies then that's okay. Yelah, elok-elok duduk asrama, belajar pun terkawal, why must pindah sekolah harian biasa. Bukan senang nak dapat asrama. Ramai lagi yang betul-betul nak duduk asrama. Takkan nak sia-sia peluang macam tu je kan? Tapi, it's okay lah kalau lagi boleh belajar kat sekolah harian biasa. Ada je orang macam tu. Tapi, kalau aku memang lainlah. Kalau sekolah kat sekolah harian biasa, memang duk rumah tu aku tak belajarlah kalau tak dihantar ke tuisyen. Internet memanjang. Ni cuma pendapat je hm

They said Umie nak pindah ke SMKSU. Ya Allah. Aku terus takde mood, rasa sedih sangat. Aku baru rapat dengan dia tahun lepas semenjak satu kelas. Setahun je wei. Bukan dia sorang je yang aku baru rapat setahun. Ramai lagi wei :( Umie selama ni selalu dengar luahan aku kat musolla. Nangis sama-sama, gelak sama-sama, main sama-sama. Dahlah cuti ni jarang langsung nampak dia on. Harapnya khabar angin tu tak betul. Aku sayang Umie........... Kalau dia pindah, lepas ni dah takde suara kartun pelat dia tu. Huuuu aku dahlah hutang RM3 kat dia. Uncle Jack TT_TT

@ 3 Takwa, 2014

Aku excited nak belajar subjek dorm 4. Yelah, dunia baru. Tapi, aku tak sedia. Tak sedia nak terima perpisahan. Tak sedia nak hadapi macam-macam. Tak sedia untuk semuanya. Hati, harap kau tabah. 

XIX; walaupun aku tak rapat pun dengan ramai orang dalam golongan XIX (batch 19), aku tetap sayang diaorang. Susah senang kita bersama walaupun ada je yang saling tak berpuas hati. Aku pun kengkadang panas je dengan diorang ni tapi alhamdulillah setakat ni boleh sabar. Biasalah, kepala masing-masing lain cara pemikirannya. Harap ukhuwah dapat kekal terjalin sampai bila-bila. Harap Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.

Yang pindah tu, aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk diorang. Harap kita boleh berjaya sama-sama. Pergi universiti sama-sama. Mana tahu terjumpa kat overseas? Huuu bestnya!! InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Harap diorang boleh amalkan apa yang diorang belajar selama berada di KUSISS. Harap boleh kekalkan imej sekolah agama. Susah nak berubah, tapi apa salahnya mencuba? Harap diorang tak lupakan kenangan yang terbina di bumi barakah KUSISS. Harap diorang tak lupa aku walaupun aku ni mungkin tiada sape bagi mereka. Harap aku diingati walaupun aku tak rapat dengan mereka. Amin.



And what if aku pindah? 
Bye.


FUTURE
PAST